Pengawal data
Data pendaftaran program dikendalikan bagi pihak Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR) untuk pelaksanaan Program Kerjaya Industri Sabah 2026.
Data yang dikumpulkan
Maklumat identiti dan hubungan, profil peserta, institusi atau majikan, pilihan kehadiran dan aktiviti, consent, penyertaan, check-in serta rekod tuntutan yang berkaitan.
Tujuan penggunaan
Untuk mengurus pendaftaran dan acara, mengelakkan rekod berganda, mengesahkan kelayakan, menyediakan QR e-ticket, menghasilkan laporan program dan menghubungi peserta berdasarkan consent yang diberikan.
Tempoh penyimpanan
Data peribadi disimpan selama 12 bulan selepas program atau sehingga pelaporan, audit, sijil dan tuntutan hadiah selesai—mana-mana yang terkemudian. Selepas itu, data akan dipadam atau dianonimkan dengan selamat, kecuali rekod yang perlu dikekalkan bagi undang-undang, audit atau rekod rasmi kerajaan.
Pilihan dan hak peserta
Consent komunikasi kerjaya dan perkongsian profil kepada majikan adalah pilihan serta tidak ditanda secara automatik. Permohonan akses, pembetulan atau penarikan consent boleh dibuat melalui Helpdesk KIS 2026.
Hubungi kami
Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR)
088-215035 · didr@sabah.gov.my