KIS 2026FAQ

Soalan Lazim

Jawapan ringkas sebelum anda mendaftar.

Jika jawapan yang diperlukan tiada di sini, hubungi urus setia melalui 088-215035 atau didr@sabah.gov.my.

01Adakah kemasukan ke KIS 2026 percuma?+

Ya. Kemasukan adalah percuma, tertakluk kepada kapasiti venue dan syarat khusus bagi setiap aktiviti.

02Siapa boleh mendaftar?+

Pelajar sekolah, universiti, kolej dan TVET; belia, graduan, pencari kerja, pekerja, majikan, agensi serta orang awam.

03Adakah pendaftaran online bermaksud saya sudah check-in?+

Tidak. QR e-ticket perlu diimbas di venue untuk merekodkan kehadiran sebenar.

04Bolehkah peserta bawah 18 tahun menyertai?+

Boleh bagi aktiviti yang membenarkannya, tetapi persetujuan ibu bapa atau penjaga diperlukan. Career Passport bermula pada umur 17 tahun, manakala Canva Challenge bermula pada umur 13 tahun.

05Berapakah umur minimum Career Passport?+

Career Passport terbuka kepada peserta berumur 17 tahun ke atas. Peserta berumur 17 tahun masih memerlukan persetujuan ibu bapa atau penjaga semasa pendaftaran.

06Bagaimana Group Registration berfungsi?+

PIC menerima Group Code untuk dikongsi kepada ahli. Setiap ahli masih perlu membuat General Registration sendiri dan memasukkan Group Code tersebut.

07Adakah Group Registration menjamin Career Passport?+

Tidak. Career Passport mempunyai kuota dan tempahan individu berasingan.

08Apa perlu dilakukan jika QR hilang?+

Hubungi Helpdesk KIS 2026. Urus setia akan membuat semakan identiti sebelum membantu mendapatkan semula rekod.

09Bagaimana pemenang lucky draw yang tidak hadir menuntut hadiah?+

Pemenang akan dihubungi melalui nombor berdaftar dan mempunyai tujuh hari bekerja daripada tarikh dihubungi untuk memberi respons dan menuntut hadiah. Tiada cabutan semula.